17.7.13

Menjamu Syahwat di Bazar Ramadhan

Di ceruk manapun di bumi Malaysia ini, apabila tiba bulan puasa sudah tentu akan muncul bazar-bazar jualan makanan yang dikaitkan dengan bulan Ramadhan. Cakapkan apa saja makanan yang teringin dijamah, semuanya sudah tentu ada terjual. Namun apa yang terlintas di benak saya adalah satu persoalan iaitu apa sebenarnya yang dicari di bazar Ramadhan?




Inginkan makanan? Sudah tentu ada! Banyak mana mahu dimakan? Sepinggan? Dua pinggan? Usah difikirkan tentang harganya. Seluk saja poket dan tunjuk apa mahu dibawa balik. Sedap atau tidak sedap bukan persoalan. Setakat sepuluh ringgit bukan masalah besar yang mahu difikirkan.

Namun, jika anda ingin memelihara ibadat puasa anda, saya nasihatkan jauhkan diri daripada berkunjung ke bazar Ramadhan. Bukan persoalan nafsu makan mahupun pembaziran tetapi nafsu syahwat yang digoncang. Perhatikan bentuk-bentuk yang melintas di depan mata. Menarik bukan! Awas, ini bulan puasa. Jaga mata. Jaga syahwat!

Saya bukan mahu mengajar perempuan bagaimana mahu berpakaian cuma pakailah yang elok-elok sahaja andai mahu ke bazar Ramadhan. Tutuplah apa-apa bentuk yang menonjol samada di bahagian atas, depan mahupun belakang. Janganlah digugat syahwat pengunjung lelaki. Kasihanilah kami yang mahu berkunjung ke bazar Ramadhan untuk mencari sesuap juadah berbuka puasa. Kasihanilah kami...!

1 ulasan:

tenku butang berkata...

Follower no. 153

Done follow sini.. do follow me back yea ..
salam kenal.. hope kita leh follow memfollow yea.. salam blogger..l heeee...

http://tengkubutang.blogspot.com/