29.3.14

Fynn Jamal - Siapa Ini Perempuan?

Sebelum ini saya hanya pernah mendengar namanya sahaja melalui rakan-rakan. Tidak pernah sekali pun saya mahu ambil tahu siapa dia Fynn Jamal ini. Saya juga bersahabat dengannya di Facebook tetapi sekali pun saya tidak pernah menghiraukan tulisan-tulisannya. Entah siapa ini perempuan dengan bahasa-bahasa yang kadang-kadang penuh dengan sinikal dan sarkastik. 

Mendengar kali pertama lagunya "Arjuna Beta" terus membuat saya tercari-cari siapa ini Fynn Jamal. Suaranya biasa-biasa sahaja. Tidaklah merdu sangat pun. Akan tetapi senikata lagu ini membuatkan saya mula kecanduan. Saya petik di sini.

"Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular bonda takkan berundur
Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda, tak jelas mata ambil yang sarat duri
Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka 
Selama Tuhanmu ada takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda
Hiduplah arjuna beta, biarkan jasad yang lupa
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta, mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa"

Baris terakhir itu membuatkan saya begitu haus. Begitu sengsara. Begitu begitu... Jika nanti saya berpeluang berjumpa ini Fynn Jamal, ingin saya hilangkan begitu begitu saya. 


2 ulasan:

Wanita Bertudung Hitam berkata...

tapi minah fynn jamal ni, kalau sape hidup dia sekeliling dia, tahu lah dia macamana...dia mcm bajet A Samad Said, cuma A Samad Said tak berpuisi dgn menjerit2 perkataan carutan di Pasar Seni sambil smoking~

Bung Muzaffar berkata...

Wah....macam tu rupanya ya..