22.5.14

Lelaki Juga Manusia

Mereka insan-insan mulia dalam hidup kita. Bukan sedikit jasa dan bakti mereka. Lelaki, pemimpin dan pelindung kita. Bukan mudah amanah yang mereka pikul. Seperti ibu, mereka juga wajar dihargai. Diberi ucapan terima kasih sekalipun mereka tidak meminta apatah lagi mengharapkan.
Seperti layaknya sebuah kasih sayang. Ya, sekalipun tanpa kata-kata sudah dimaklumi sudah mampan cinta itu. Namun dengan kata-kata penghargaan dan dorongan bukankah akan membuatkan ayah dan ayah mertua kita gembira dan mengeratkan kasih sayang antara kita?
Sebagai contoh, sekalipun suami atau ayah kita membeli barang yang salah di pasar. Namun dengan usahanya dan khidmat baik untuk meringankan dan memudahkan urusan kita layak untuk diberi ucapan terima kasih?
Lelaki juga manusia. Walau beza coraknya, namun semua manusia gembira andai disayangi dan dihargai. Ya, perkara yang tidak wajib, namun hiasan-hiasan ringan yang mampu memberi makna dan erti besar dalam jiwa-jiwa mereka. Percayalah.


Tiada ulasan: