3.5.14

Mencari Makna Bahagia

Mengapa kebanyakan kita yang mengaku Islam tercari-cari definisi bahagia sedangkan kitab rujukan telah ada iaitu Al-Quran & hadis? Mungkin kerana orang Islam sendiri tidak membaca, memahami maksud, menghayati dengan mengamalkan ajaran tersebut dalam kehidupan harian sedangkan tahu bahawa Islam itu adalah cara hidup. Bahagia adalah apabila hati tenang dan hati tenang hanya dengan mengingati Allah dalam setiap perlakuan amal (fardhu atau kifayah) selama hidup di dunia. Jangan harap kalau di dunia tak tenang, di akhirat akan tenang.Tiada dalam Quran atau hadis menyatakan syarat bahagia mesti mempunyai / memiliki suami, ibu bapa, anak, harta, pangkat, cantik dan glamour tapi kenapa orang Islam masih keliru dan tertipu?

Ramai orang tertipu kerana terikut cara artis dan melabelkan mereka sebagai pasangan bahagia walaupun hidup mereka jelas tidak mengikut syariat sbg orang Islam.Siapa yang bersalah dalam hal ini? Kebanyakan wartawan, penulis blog, penulis artikel atau sesiapa saja boleh memberi pandangan tanpa merujuk kepada Al Quran & hadis. Lebih-lebih lagi dalam “borderless world” semua orang boleh memberi pandangan, menghentam dan mengkritik pada pandangan/idea melalui blog, facebook, emel dan sebaginya. Jika setiap mukmin tidak mencari ilmu dan hanya menghabiskan masa secara sia-sia, maka sampai mereka menghembus nafas terakhir, mereka msih tercari-cari apa itu bahagia.

Tiada ulasan: