29.6.15

Eh, Lelaki Pun Ada Perasaan!



Hal berkaitan hati dan perasaan selalunya jarang dikaitkan dengan lelaki. Dikatakan hanya wanita sahaja yang layak untuk membicarakan hal-hal berkaitan perasaan. Seperti makhluk asing dari planet ke tujuh belas, lelaki yang bercerita tentang hati dan perasaan selalunya dipertikaian tahap kelelakiannya.


Nah, sekarang biar saya ceritakan sedikit tentang hati dan perasaan lelaki. Jangan buat penghakiman tanpa membaca sehabisnya.

Sebenarnya, lelaki sudi berkongsi dengan wanitanya hanya tentang kegembiraan dan kebahagiaan. Lelaki tidak suka meluahkan kesusahan dan keperitan hidupnya yang terpaksa dia hadapi kerana tidak mahu wanita tersebut terasa dan menyalahi dirinya sendiri. Cukup sekadar kegembiraan dan kebahagiaan dikongsi, keperitan dan kesusahan disimpan di dalam hatinya dan cuba diselesaikan sendiri.

Seorang lelaki suka berprinsip biarlah wanitanya mendapat kebahagiaan, masalah sendiri perlu disimpan sahaja.Lelaki juga suka menyelesaikan masalah pasangannya walaupun dirinya diselubungi seribu satu masalah lain. Walaupun dibebani dengan tanggungjawab, seorang lelaki tidak mahu menarik pasangannya bersama terlibat dalam masalah yang dihadapi.

Selainnya, hati lelaki  tidak akan tenang apabila pasanganya terasa, sedih atau marah. Lelaki yang sangat mencintai pasanganya tidak mahu sesekali pasanganya berada dalam masalah. Walaupun dibebani dengan seribu masalah besar lain tetapi masalah pasangannya yang akan menjadi paling utama bagi dirinya untuk diselesaikan. 

Bukan semua hati lelaki sangat busuk. Bukan semua lelaki seperti begitu. Jika kita menghukum kesemuanya maka kita sebenarnya telah banyak terpengaruh dengan penipuan dunia. Memang benar lelaki dan perempuan berbeza tetapi perbezaannya bukanlah seperti yang kita fikirkan selama ini. 

Nah, jelas bukan? Lelaki juga ada perasaan. Bukan semua macam Ali Setan…!

Tiada ulasan: